Kita Perlu Merdeka…
Sudah 51 tahun kita bebas daripada dikuasai oleh penjajah asing. Namun, sudah juga 51 tahun kita dibelenggu dengan pemerintahan berdasarkan bangsa, etnik dan agama. Mengapa saya, di hari ini, menulis menggunakan Bahasa Malaysia? Ini merupakan bahasa kebangsaan negara tersayangku. Sudah 51 tahun negaraku tidak dikuasai pihak lain, tetapi sudah juga 51 tahun negaraku mencacatkan diri sendirinya dengan polisi-polisi berat sebelah, kronisme, dan pentadbiran yang tidak cekap.
Adakah hari ini merupakan sambutan meriah bagi diriku? Secara jujurnya, jawapan saya adalah “tidak”. Bagiku, terdapat banyak sangat yang perlu diubah sebelum kita betul-betul merdeka. Merdeka dari siapa, tanya mu? Senang sahaja jawapannya. Kita perlu merdeka daripada fikiran kolot tentang perhubungan antara kaum. Kita perlu merdeka daripada menstereotaipkan seseorang manusia berdasarkan warna kulitnya dan agama yang dia percayai. Kita perlu merdeka dari penyalahgunaan kuasa sesama kita. Kita perlu merdeka daripada penghindaran hak asasi manusia. Kita perlu merdeka daripada tidak menghormati seorang manusia yang berlainan dari kita. Kita perlu merdeka daripada penyelewengan rakyat.
Yang paling pentingnya, kita perlu merdeka daripada mengharapkan semua ini akan berlaku tanpa usaha yang amat sangat. Kita semua bertanggungjawab untuk memajukan hidup sesama sendiri. Kita semua mempunyai satu saham di dalam pasaran yang dipanggil Malaysia ini.
Saya mendoakan kita akan sampai di penghujung jalan sambil memegang tangan bersama, tanpa mengira mana-mana aspek lain, kecuali yang bahawa kita semua merupakan manusia, dan kita semua adalah rakyat negara Malaysia. Kita sambut hari ini bukan untuk memandang belakang 51 tahun yang lalu dan malayan nostalgia, tetapi kita sambut hari ini untuk mengorak langkah yang sepatutnya untuk masa depan kita agar keharmonian hidup kita sebagai rakyat Malaysia terjamin. Tidak apa kalau anda tidak percaya terhadap kerajaan anda. Tetapi jangan sekalipun hilang kepercayaan terhadap negara.
Selamat Hari Kemerdekaan ke-51.
Coretan-coretan Hari Merdeka yang boleh anda jenguk:
- Usaha Kemerdekaan Yang Sering Kita Lupakan
- Menemukan Kembali Erti Kemerdekaan
- Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Ke-51 Kemerdekaan!
- Merdeka! Merdeka! Merdeka! …Are We There Yet?
- The Star Editorial
- 51st Merdeka - A tale of two cities societies
- Merdeka in year 2057
5 Responses
Oooo even after 6 years, my Malay is still useful!!
The way I see it, Malaysia as a country is not a collective item. It is rather a sum of parts: government, races, religion, rights, etc.
Until we blend all this together with some of the in-demand respect and harmony and make it collective, the country is going down.
So till then, no Merdeka.
[Kavi: the road is long and winding... sumtimes, all we have are our hopes and our faith... ]
sactyr @ nagas last blog post..Merdeka? Of course merdeka!!
Artikel yang sungguh menarik, saya kagum dengan semangat patriotik yang ditunjukkan oleh saudara terhadap negara…
dengan keadaan negara yang dibelenggu sifat perkauman, gejala rasuah, kezaliman ISA, ketidakbebasan bersuara, krisis ekonomi and kesannya terhadap inflasi semasa yang tinggi, anda masih menaruh harapan yang begitu tinggi…. Saya amat berharap saudara- saudara kita yang lain juga ada perasaan cinta akan negara seperti anda… Semoga segalanya akan berubah bermula dari hari ini, iaitu hari Merdeka ke-51.. Sama-samalah kita lupakan persengketaan dan perbezaan kita demi mencapai visi wawasan 2020 sebagai satu negara majmuk yang progresif dan aman!
[Kavi: persengketaan itu memanglah pada asasnya tiada... tetapi ia dicungkil oleh sesetengah pihak untuk kepentingan mereka sendiri... namun, saya masih berharap kita menjadi lebih bijak dalam menangani masalah seperti ini... ]
vasans last blog post..BANGSA MALAYSIA : No Merdeka Until Unity Become Reality!
Menstereotaipkan seseorang manusia berdasarkan warna kulitnya dan agama yang dia percayai ini berpunca daripada politik yang menggunakan perkauman sebagai alat untuk kepentingan mereka sendiri. Tetapi,kita,rakyat Malaysia haruslah pandai meneliti dan tidak terikut-ikut dengan cara pemikiran seseorang yang mengamalkan sikap perkauman…. Kita haruslah mengubah mentaliti manusia yang mementingkan kaum sendiri.
@Sac,comment in Malay lah to sharp up your Malay..
@ Vio, erm.. I probably will need to use sign language then.. muahaha.. sorry folks.. 7 years ago A1 in BM literature, 6 years later reading Malay also problem edi.. ![]()
sactyr @ nagas last blog post..Merdeka? Of course merdeka!!


yes kavilan.. we need “independence”..
more than half century of Merdeka, we still unable to create our own Malaysian identity… government failed terribly to unite, but succeeded to divide us for their political motive..
view my post on merdeka-
http://malaysiansunited.blogspot.com/2008/08/bangsa-malaysia-no-merdeka-until-unity.html
vasans last blog post..BANGSA MALAYSIA : No Merdeka Until Unity Become Reality!